Monday, May 27, 2013

Kuasa dan Alpa

Selalunya kalau ada orang naik pangkat, orang ramai akan ucap "Tahniah, fulan kerana bla3*" kan? Cuba bayangkan dalam suasana sedang orang ramai datang mengucapkan tahniah kepada kita, hadir seseorang yang berkata "Takziah, kerana naik pangkat". Seram tak? Well, tapi hakikatnya macam tu lah.

Makin tinggi pangkat kita, makin menggunung tanggungjawab kita. Maksudnya lagi pelbagai amanah kita kena pegang. Bila amanah dipecah, dosa besar. Jadi bila ada macam-macam variasi amanah bermakna banyak peluang untuk pecah amanah dan buat dosa besar la gitu. Kalau timbangan dosa berat maka susah la masuk syurga. Payah en? Wajarlah ucap takziah kalau camni.

Apapun, "Kuasa dan Alpa" adalah tema untuk poem kat bawah ni. Aku buat ni dalam keadaan sedikit tergesa-gesa, jadi mintak maaf la kalau tak sedap sangat dibaca. B-]

Hari majlis penganugerahan,
Hari kuangkat sumpahan,
Jawatan dah diserahkan,
Untuk membuat tugasan,

Berpusu-pusu orang datang,
Ucap tahniah,
Terkedu bila orang datang,
Ucap takziah,

Esok pagi pergi kerja seperti biasa,
Duduk di ofis sebagai ketua yang sasa,
Semakin lama semakin galak lebih masa,
Entah cerita apa dikarang media massa,

Datangnya orang bawahan, kubagi arahan,
Mereka jaja kesalahan, kubagi syarahan,
Mereka nyata sealasan, kubagi catatan,
Mereka kata kemalasan, kubagi panahan,

Ah, ku buat kerja dengan baik,
Gah rasanya bila jawatan naik,
Nah, aku terima gaji bulanan,
Yang telah tingkat tujuh tingkatan.

Aik? Apa ni? Marah sakan-sakan,
Marah kitorang tapi tak pernah pun amalkan,
Bukan main rajin untuk memberi galakan,
Takkanlah itu semua hanyalah lagakan?

Ni lah yang ditakuti bila kuasa kupunyai,
Bila nafsu diakui aku amal hipokrasi,
Bila tamak dianuti semua harta kan kucari,
Bila kubur dilalui azab akan ku rasai.

Lalala,
I guess that's it, hahaha,
Making rhymes using weird phrases, bababa,
Assalamualaikum and be awesome! Jajaja.

No comments:

Post a Comment