Thursday, July 25, 2013

Sains dan Al-Qur'an

Hmm... hari tu ada guru aku bagi tugasan Folio SPPIM secara berkumpulan, ada satu soalan yang lebih kurang macam ni; "Karang sebuah puisi mengenai penemuan sains dan al-quran". Hehe, puisi, rima, apa lagi, aku cakap lah aku nak buat tugasan ni kat kumpulan aku. Jadi, ni lah hasilnya; Puisi yang panjang (atau patut dilabel sebagai pantun-pantunan?). Harap kamu dapat hayati pepantun ni macam aku atau lebih. :D



Segala proses ciptaan rabbal 'Alamin,
Diceritakan dalam kalam digelar Al-Qur'an,
Ia adalah benar, dia adalah Al-Amin,
Ini bukan teori Darwin; Yang bukan-bukan,

Dalam penyiasatan bayi embriologi,
Mereka baru mengetahui fasa kronologi,
Dalam hanya tiga fasa sempurna anatomi,
Sebelum setiap insan dilahirkan ke dalam bumi,

Setitik air benih menjadi sebuku darah,
Membentuk daging kecil menuju ke satu arah,
Menjadi manusia lalu dicipta tulang-belulang,
Untuk setiap kandungan proses ini berulang,

Proses ini dikhabarkan dalam al-Hajj dan al-'Alaq,
Kejituan lebih jitu dari ilmu al-falak,
Walau telah bertembung pelbagai cerita al-Haq,
Saintis sekular sombong syahadah tetap taknak,


Pagi ke malam, malam ke pagi,
Itu yang terjadi selalu dalam sehari,
Kepala berkali-kali sudah dipelali,
Ada tidak sedari kerna tidak selari,

Matahari awal hari terbit dari timur,
Pagi hari waktu kerja lagi berhibur,
Pada petangnya terbenam dalam ufuk barat,
Malam alam rehat untuk mereka yang tidak larat,

Pagi dan malam telah ditentukan waktu dia,
Kata ayat 29 surah Luqman,
Tafsir kata surah ar-Rum ayat 23,
Siang waktu berkilang untuk biaya caruman,


Lautan air yang besar, sungai airnya segar,
Tidak tercampur kerana setiap bersifat tegar,
Namun masih wujud dalam keadaan yang lekar,
Walau bergegar dengan kuasa yang menggegar,

Satu rasanya pahit, satu rasanya manis,
Satu minumnya sakit, satu dahaga langis,
Itulah perbezaan antara keduanya,
Walau ada kesamaan pada kedua rupanya, 

Dalam surah al-Furqan ini dikisahkan,
Ayat 53 Allah telah ceritakan,
Bagaimana dua laut Allah pisahkan,
Tanpa percanggahan arahan disilakan.

No comments:

Post a Comment