Keluar pagar pendidikan,
Dapati diri diberi bisikan,
Ingin jadi luarbiasa atau mimikan,
Pilihlah sendiri jangan dipilihkan,
Ingin jadi luarbiasa atau mimikan,
Pilihlah sendiri jangan dipilihkan,
Kesemua tekanan berperanan memaju badan,
Semurah-murah karbon, secantik-cantik bahan,
Melawan inersia, makin ringan makin perlahan,
Amalan manusia, makin alpa makin lembapan,
Apa guna miliki segala kebebasan,
Kalau tiada di dada ilmu perbahasan,
Hanya ada bertubi-tubi bintik alasan,
Itupun kerana ingin bermalasan,
Suatu hari nanti kaukan kelemasan,
Disebalik dinding kaca yang keemasan,
Kepalakau takkan terapung dek kebodohan,
Tetapi akan tenggelam dek kejahilan.
Mana kebebasan yang engkau selalu banggakan?
Kononnya kebebasan yang kau dambakan,
Baru selangkah keluar sudah tersesat jalan,
Mukamu, nasibmu, memang sepadan.
Suatu hari nanti kaukan kelemasan,
Disebalik dinding kaca yang keemasan,
Kepalakau takkan terapung dek kebodohan,
Tetapi akan tenggelam dek kejahilan.
Mana kebebasan yang engkau selalu banggakan?
Kononnya kebebasan yang kau dambakan,
Baru selangkah keluar sudah tersesat jalan,
Mukamu, nasibmu, memang sepadan.
